Wednesday, January 28, 2009

Kembang bertambah kembang..; p

Cuti 4 ari dok umah jer..takde agenda...Cuaca humak aihhh...panas ya hamat!!
biler petang jer mula la redup..time tu,mata sayu jer..mintak belas jer...
Kilang tek mata mula la operasi..
Ni takleh jadi neh..!!semalam petang ku gagahkan jugak la pi tengok Aliff Haziq..
My new grandson..perrrgghhhh...grandson kooo....!
adoyaii...lama x tgk newborn baby nehh..rase kepingin meluap2 gitu...
huhuhuhuuu...


panjang tui tpak kaki budak kecik neh...ade tokoh tinggi melampai mcm Tok Mer neh..




Saturday, January 24, 2009

Konsert Mesra Gaza


Since blogging from h/p,aku x reti nk letak byk2 gmbor.. Belum abeh godek. Budak baru blajo ler katekan..
Ni kes kna paksa p tgk knsert daa.. Aku mane minat dgr lagu2 bingit neh!tp aku pegi la jgk memandangkan member hubby dok call soh mai tgk drg perform..
Ni kat dataran Klang.tempat mudamudi melepak malam ari..
Mudakah aku? Harus kna bom blog ni kalo ngaku mudamudi!
Konsert utk kutip dana utk Gaza..
Frankly speak,aku x stuju buat konsert2 ni utk buat amal.. Why?
Sebab aku prefer org buat smbhyg hajat dan bdoa.Nak kutip duit,bagi aku,biorlah dgn buat keje amal yg lain..tu pndapat aku..Bagi org len,len gak la pndapatnye,ye x?


P/s : Sori to milia coz x dapek g danau kota..lap u bebeh!

Misi terbantut!


Tak tau la aku cner c Choki ni bole tesekat kt gril ni.. Aku suspek dia nk tangkap ulat terbang2..nasib baik aku pangei2 dia,dia mengeow.. Dah tu,tegantung cmtu.memang sah2 dia xleh lepas. Tegelak gler hubby aku tengok.kena la dia bukak cermin dari dalam.. Nasib xde bebudak kat luor..kalo tak,mau dia jadi agresif.. Lepas misi menyelamat tamat,dia masuk umh dan terus tido.. Trauma gamaknye..trauma konon!

Friday, January 23, 2009

Thursday, January 22, 2009

Ahli baru....


Welcome...welcome....

Nilah ahli kuarga terbaru kami...cucu sedara aku yang ke 4..

ALIFF HAZIQ..

lahir pada 20/01/09(Selasa) kul 5.30 pg...


Semoga kehadiranmu memberi lebih kebahgiaan buat Papa,Mama,Atuk n Wan...

Ucu wish u will be a good son to ur parents n jadi anak yg soleh..

Dan aku berharap semoga rezeki bakal menyebelahiku tahun ini...

InsyaAllah...

Everybody..,wish me luck...: )

Wednesday, January 21, 2009

Formula A1


Last year x tau bln bpe,my hubby gi tgk Formula A1 by invitation.Teserempak dgn Joey BPR.. Apo laie,cpt2 la dia ajak bgmbor..peramah orgnya..Tak sangka ek rockers minat tgk race2 ni.. Aku tak minat nk pegi coz aku tak tahan la panas2.mata aku cepat berair..bukan xleh pkai sunglasser,tp tak berminat yg lebihnye.. Hehe..

abang skodeng sikit bleh..?

aritu aku amek gmbor Choki dari dlm umah,kan..?

hah..!kali ni dari luor lak..wahhh...da mcm paparazi lak aku ni kan..?kalo ler jth henpon aku kt bwh....uhukkk...uhukk....
aku tatau la ape yg dia tgk..sebab mata aku asik tgk dia je..takut tepeleot lak badan dia,dushhh...ke bawahh....
huiisssshhh...amet tamettt....ko jatuh,merana Ucu yang oiiii...

Dia buat dahhh....!!!!!


Rasenye sejak sekola bukak,selama tu gak la jalan menghala opis aku ni tak jem..adelah dekat 3 mggu ye tak..?hari ni haru tulll..time jem tu aku kt atas jembatan daa..sekali kontena lalu jalan sebelah,gegarrr siouttt...aku buat dek je laa..kalo da nk runtuh,ape aku nk kate,adehhh caboiiii la jari..ade la dekat 1 setengah jam baru aku smpai opis...sempat baca paper lagi dlm kete..kaki jangan cakapla..kete manual..elok la utk keting kaki...( idak gak ramping keting aku..)




Da sampai opis,aku kna kuor balik...adehhh...meredah balik jem tu...sib baik la puncanya tak jauh dari opis...
hah..ni hah puncanya...!! cesss!!! aku tgk budak2 cino yg repair trailer ni bole bantai gelak ketawa lg kat ctu...cam hanat jer la...kot tak leh repair,korang tarik la balik workshop..dah la drebar2 kete,lori,motor bagai suka benor pelankan kenderaan time nk past kawasan 'tragedi'..
bole lak ko dok repair benda alah tu berjam2 kt ctu..aku smpai atas jembatan tu je dah kul 8.15..makanya mau trailer tu rosak dlm kul 7.00-7.30 gitu...
nak aku jerit,x tekeluor lak sore..tp tu lah..BANGANG tul la kan...hah...hamek ko...
bape ramai org lewat g keje,meeting ke ape ke..camtu la pangai diorang ni kat port ni...hangen je satu badan..





Bila nafsu mengatasi akal...


AMPANG: Perselisihan faham dengan isteri menyebabkan seorang suami hilang pertimbangan hingga sanggup bertindak kejam membuang bayinya yang berusia enam bulan ke dalam tong sampah berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, awal pagi semalam.
Insiden itu dilihat seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan berkenaan tanpa disedari pasangan terbabit.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki terbabit mulanya dilihat bersama isteri menaiki Proton Wira hitam sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.
Lelaki itu kemudian keluar dari kereta lalu mengambil bayi terbabit yang diletakkan di tempat duduk belakang sebelum membuangnya ke dalam tong sampah. Isterinya cuba mengambil kembali bayi terbabit, namun lelaki berkenaan menarik tangannya masuk ke dalam kereta sebelum memecut laju.Menurut sumber polis, lelaki berkenaan berang kerana mendakwa isterinya berlaku curang selain tidak mempercayai bayi terbabit anaknya sendiri.
Menceritakan kejadian terbabit, pengawal keselamatan itu, Hairul Azwan Hamid, 29, berkata mulanya dia ternampak sebuah kereta berhenti berhampiran tong sampah di stesen LRT terbabit sebelum terdengar orang bergaduh.
“Saya melihat seorang lelaki dalam keadaan marah keluar dari kereta dan pergi ke tempat duduk penumpang sebelum terdengar wanita itu menjerit.
“Saya hanya memerhatikan perbuatan mereka kerana enggan masuk campur,” katanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Kampung Warisan.
Dia mendapati lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali diikuti jeritan wanita itu yang semakin kuat.
“Saya perhatikan kaki wanita itu berada di luar menyebabkan dia cedera akibat tindakan lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali,” katanya.
Hairul segera mencatat nombor plat kereta terbabit kerana khuatir berlaku perkara buruk sambil terus memerhatikan mereka.
Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan membuka pintu belakang kereta dan membawa satu ‘objek’ sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.
“Selepas ‘objek’ itu dibuang, saya lihat wanita terbabit keluar dan cuba mengambilnya kembali, tetapi dia dihalang lelaki berkenaan dan ditarik masuk ke dalam kereta.
“Apabila cuba sekali lagi mengambil ‘barang’ dalam tong sampah itu, dia ditarik semula sebelum lelaki itu memecut kereta,” katanya.
Disebabkan perasaan ingin tahun, Hairul pergi ke tong sampah itu dan ketika menghampirinya, dia terdengar suara bayi menangis.
Sejurus melihatnya, dia terkejut kerana mendapati objek terbabit seorang bayi comel sebelum mengangkatnya keluar dari tong sampah.
“Saya menghubungi polis sebelum membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang,” katanya yang kecewa dengan perbuatan dilakukan lelaki itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil ketika dihubungi, berkata pasangan suami isteri terbabit sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 4.30 petang semalam.
“Mereka yang berusia 30-an itu direman bagi membantu siasatan bermula hari ini. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.
ISHHHKKK....binatang sungguh la pangai cmni...!
kalo ye pon budak tu bkn anak ko,takde ati perut ke?ape dosa budak tu,hah?
menitik airmata aku tau!!cilaka tul!
Sedangkan org yang blm ade anak bole rase sedih menyayat baca brita ni,
apelah perasaan dia yang menjaga budak tu selama 6 bln?
bagi aku,malang sungguh la kerana dia tak dianugerahkan perasaan menyayangi anak itu..
Kalo budak tu bukan anak dia,kalo btul cner?
ishhkkk...berdosa sungguh laaa...kalo aku kt tmpt pompuan tu,
mmg harus la ati aku hancuzzzzzz...rasenye x mungkin akan aku ampunkan...
ishhkkk...sedih tul la...
( brita ihsan dari niza zulkarnain yg somei giloz..)

Tuesday, January 20, 2009

Part time ....

aku suke menjait..mengaler2 mmg aku minat..soh melukis,mintak mahap..
jait2 manik la especially...aku buat utk kengkawan,sedara mara..
kira amek tempahan la..waktu bz,time2 nk raya,cuti sekola pn kengkadang ade gak..
kakak aku ni menjait bju,time nk raya selalu dia sub aku bju utk jait leher n sembat tangan
dan bawah baju...dapat ler sesikit utk raya..heheheheee...
bab jait manik ni yg tak best,kalo ko tekun sangat nnti mata jd berair,cepat letih n
pemandangan mata jadik kelabu cikit...
aku lak kalo da start menjait manik,selalu pana ( leka )...








santek tak..?blajor sendri hokei..nak blajo?
tarak hal...mula2 blajo jait kat bucu bantal...hahahahaaaa...

Google
 
Powered By Blogger