Thursday, June 23, 2011

My Messi..

Tak tau nape, perasaan tu masih la dirundung hiba. Bila tringat je, bederai2 airmata. Tapi da bole la trima kenyataan.. Tu la kan, makin lame dibela, makin sayang, makin payah nak dilupakan.. Tu binatang tu..Kalo mnusia, lagi la parahnye..

Messi antara kesayangan aku.. Tak bnyak kerenah..Manja.. Dari kecik memang senang nak bela..Tak makan nasi2 bagai. Makanan dia yang kibbles tu je..
Jangka hayat dia setahun. Tapi rase macm baru sangat dapat belai dia. Perasaan tu usah la nak khabor. Memang macam luluh punah hati ni..huhuhuu..

Sebelom bejurai2 ayormata, bek ler tengok2 dulu gambor2 ni..




Ni da mula melasak, begumpal..Adik bradik dia 3 ekor..Sekor mati..Dan sekarang si Mia tinggal la sekor.. Mia pon da branak, tapi baby dia sume da mati sebab Mia ni macam meroyan la time lepas beranak tu..Dia takmo dekat kat anak dia, takmo bagi anak dia susu..ishhkk...


Baby kucen sume memang muka kiut2, kan?







Demam kuning.. kengkonon arini dia start lemah, esoknye aku bawak gi klinik, lusa dia mati...Cepat betul kesan demam kuning ni..

Genap semnggu dia mati. Jumaat minggu lepas..Ni la baru timbul semangat nak tulis pasal dia..Da selamat aku sendri yang tanam kat sebelah umah Along..Nak tunggu AMir balik keje, nanti da petang..Sian dia..Mati pepagi Jumaat. Cuti aku aritu sebab mata da mcm basketball besornye..

MESSI....,

Damai lah kamu disana...Ucu akan sentiasa ingat kat Messi..sobbb...sobbb..




Wednesday, June 22, 2011

KARAK..

Aku memang takde mood nak buat entry baru. So, kebelakangan ni banyak gak la layangan2 emel yang best2 aku dapat dari sahabat handai bagi menghibur hati lara...Aku copy paste cni je la yer..

Ye, memang hati masih berduka lara lagi..

Nanti aku buat N3 pasal duka lara ni yer...sobb...sobbbb....:'(


KISAH KARAK.....

Sebenarnya Karak ada dua jalan, satu jalan lama Karak (KL-Bentong) dan satu lagiLebuh Raya Karak (baru)
Apa yang menariknya dalam banyak-banyak tempat yang dikatakan berhantu, pasti Karak akan tersenarai,malah di Karak ini lah bagi aku tempat segala hantu. Mana tidaknya seingat aku hampir 10 jenis hantu yang ada kat Malaysia ini ada di Karak.

Antara Hantu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Karak :-
Langsuir
Budak Sekolah (merayau-rayau)
Wanita Tua
Bas Lama
Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)
Perempuan Bawa Anak (batu nisan)
Pontianak
Hantu Pocong
Hantu yang Makan orang (Paling popular)
Volkswagen kuning(dah lupa ada dekat karak @ lebuh Raya Jelapang).


MAKA TERSEBUTLAH KISAH….
Semasa ingin menulis artikel ini ada la tanya kawan-kawan aku tentang jalan lama Karak ni…dan antara cerita yang aku dapat kumpulkan..


Lebuhraya Karak
Lebuhraya karak mula dibina pada 1970 dan mula dibuka kepada orang ramai pada 1977. Lebuhraya ini menghubungkan Kuala Lumpur dengan Karak dan jaraknya lebih kurang 60.0 km. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal iaitu Genting Highland.

1. Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2. Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.

3. Volkswagen kuning
Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang, dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga…..
Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus….

4. Kereta Misteri
KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.


Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang. Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Assisten Komisioner Abdul Rahim Abd berkata,

polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.
“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.
Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.

Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.
Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan.

Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya. Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter

sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.


Jalan Lama Karak
1. Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik…Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).


2. Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik. Sebab dah tak tahan menanggung seram!

3. Dalam satu cerita lain, pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di Stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi ?.

4. Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang) bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..

5. Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagaiManager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6. Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!


TATUT TAKKK??

TITER TATUTT TANGAT......NGEEEEEEE.....

;P


Suka Suki di Tengahari Selasa...:D

Forward emel dari my lovely sista ni betul2 buat aku tak tahan ketawa kat opis...Ade gak la orang yang bole buat joke2 gini...Memang terbaek lawaknya..Hahahahaaa...

Ehh...ke aku sorang je yang rase kelakau?

;p

aitakkesahpon..



Google