Thursday, April 23, 2009

teori lobang hedong..


Hidung kita memiliki lubang di sebelah kiri dan di sebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas?

Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin).

Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.

Jika anda merasa lelah, tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Lakukan bolak-balik. Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga senang sekali panas, lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sekali dingin. Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah sekali marah.

Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat? Sebelah kiri atau kanan? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi kesannya akan lebih efektif jika diamalkan oleh orang dewasa.


Saya biasanya merasakan sakit kepala dan rasanya teruk sekali. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau : "Anda akan sembuh jika berumah tangga !" Doktor itu tidak bercakap kosong. Apa yang dia sampaikan didukung dengan teori dan bukti. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya makan ubat, tetapi tidak dapat sembuh.

Pada suatu malam. saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri. Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang, sakit kepala saya tidak datang lagi.

Ini adalah pengalaman saya sendiri. Saya suka memberitahu hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala cubalah cara tersebut sebab ia sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil. Ini adalah terapi alami, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingnya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya?
Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat rileks.


Jika ingin bunuh diri, cubalah menutup kedua lubang hidung anda sebelah kanan dan kiri dan lakukan kira-kira 2 jam, maka anda tidak akan merasakan apa-apa dan selamat sampai ke destinasi kubur anda dengan selamatnya - ekekekeke!

4 comments:

  1. perenggan last yg x leh tahan tu! kah kah kah....

    ReplyDelete
  2. Wahhh haya.. thanks. Pengetahuan baru utk saya

    ReplyDelete
  3. Haya @ Yaya,

    Happy birthday.. semoga dipanjangkan usia.. dikurniakan rezeki yg melimpah ruah dan kebahagiaan serta kasih sayang yang berpanjangan..

    Amin.

    ReplyDelete
  4. *ayu* : jgn sekalik2 mencubanye..seremmmm...
    tejulur tejelir kang..

    naja : thnks naja..love u..

    ReplyDelete

Google