Thursday, January 15, 2009

Seorang yang berjaya dan seorang yang gagal..

Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuatSeorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi
Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak”Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”
Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalahSeorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan
Seorang yang berjaya berkata “perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan” Seorang yang gagal berkata “perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah”
Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “aku dah silap” Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “ini bukan silap aku”
Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmenSeorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janjiSeorang yang berjaya menyimpan azam & cita-citaSeorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha
Seorang yang berjaya berkata "Aku mesti lakukan sesuatu"Seorang yang gagal berkata "Sesuatu mesti dilakukan"
Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalahSeorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang
Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadiSeorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi
Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannyaSeorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya
Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan.Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan..

No comments:

Post a Comment

Google