Hari Bapa datang lagi...
Tapi....
Aku tak punya bapa utk aku ucapkan 'selamat hari bapa'..
Cuma bapa mertua..Tapi x sama...
Kerana kasih sayang bapa x mungkin sama dgn sesiapa
pun dalam dunia..
17 tahun cuma aku dicurahkan kasih sayang itu...
Namun aku bersyukur kerana abah aku sangat penyayang..
dan aku berpeluang merasa kasih sayang itu..
Tapi yang buat aku ralat,17 tahun itu,adalah 17 tahun yang lalu..
Waktu tu mane la ade sambutan2 hari bapa ni..
yang disambut,harijadi..hariraya..harihari..
Argggggghhh..kalo nak ingat2 betapa aku rindu pada abah,
mau luluh segala isi jantung ni...rindu teramat sangat..
Kerana aku merupakan anak bongsu yg sgt rapat dgn abah.
Abah yg banyak melayan kerenah aku..
Tapi bukan aku tak sayang mak,cuma mak LEBIHHHH garang..
Botol F&N biase sgt hinggap kt badan..hhuhuuuu...
Tapi aku tau,mereka sayang pada anak2..
sedangkan binatang tau sayang anak,nikan plak manusia..
Walau aku tau tak semua bernasib baik,tapi syukur perlu
kita panjatkan kepada Ilahi,kerana mereka kita berkongsi cerita
pada hari ini..
Sayu sungguh la kan..?tapi tu la hakikat yang perlu kita terima..
Walau semahu mungkin kita tak mau mereka pergi meninggalkan
kita,hari 'pemergian' itu pasti tiba..
Bagi anak2 diluar sana,hargailah bapa anda..Berilah mereka kasih sayang
kita sebagaimana mereka bekorban membanting tulang bagi memberi
kita sesuap nasi..tidak ade nilainya wang ringgit kita yang berkapok2
kalau di akhirnya,mereka kita sia2kan..tidak ada ertinya hidup kita,
jika airmata kesedihan mereka mengalir kerana sikap kita..
Kamu akan tahu bagaimana perasaan kehilangan itu,bila mereka
sudah tidak ada untuk kita bertemu muka,tidak ada lagi tangan yg berkedut
utk kita cium,tidak ada balasan suara bila kita memanggil ABAH...
Aku rindu Abah...semoga tenang dia disana...semoga diampunkan
dosa2nya dan ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh...amin...
SELAMAT HARI BAPA..
No comments:
Post a Comment